Antara cabaran utama pasangan yang pergi menunaikan Haji ialah ANAK-ANAK.
Risau anak yang kecil yang ditinggalkan kepada Waris.Takut akan menyusahkan pewaris.
Walaupun kita tau anak2 kita boleh berdikari dan buat kerja sendiri, kerisauan tetap bersarang dalam hati.
DiMekah atau diMadinah walau dimana juga akan tetap mengingati mereka.
Kedai-kedai CC di Mekah, penuh dengan jemaah-jemaah yang hendak bertanyakan kabar ahli keluarga.
Kerinduan menyelinap di setiap hari, walaupun cuba untuk bersahaja...
Kepada para jemaah haji, sesungguhnya ibadah haji yang dilaksanakan bukan sekadar kita berkunjung ke tanah suci Makkah dan Madinah, bukan sekadar kita bertawaf mengelilingi Kaabah,bukan sekadar memakai ihram,bukan sekadar wukuf di Arafah,singgah mengutip batu di Mudzalifah atau melontar Jamrah di Mina.
Tetapi apa yang paling utama ialah pengajaran yang dapat kita bawa pulang.Dan sesungguhnya cabaran pulang bergelar haji dan hajah adalah lebih berat.Hadapilah pelbagai dugaan yang datang dengan tenang dan sabar.Yakin hanya Allah sahaja yang tahu bila dan ketikanya doa dimakmulkan.Al-Fatihah untuk arwah bapa mertua saya yang pergi menyahut panggilan ilahi selepas 4 bulan kami kembali ketanah air selepas menunaikan Haji.Dan juga Al-Fatihah juga buat arwah ibu saya selepas tiga minggu kepergian bapa mertua saya....AL-FATIHAH...
No comments:
Post a Comment